Suburkan Sperma Anda

SOALAN

Assalamualaikum Dr Syid.
Saya seorang lelaki berusia 29 tahun dan sudah 2 tahun berumahtangga. Buat masa ini, kami masih belum mempunyai anak. Saya dan isteri belum menjalani ujian kesuburan akan tetapi doktor swasta pernah menyatakan antara sebabnya berkemungkinan sperma yang kurang subur. Saya ingin bertanya kepada doktor, apakah yang dimaksudkan dengan sperma yang kurang subur? Apakah kaedah untuk meningkatkan kualiti dan kesuburan sperma? Harap doktor sudi mengulas lebih lanjut. Terima kasih.


JAWAPAN
Lelaki dewasa menghasilkan 100 juta sperma sehari, atau lebih kurang 1,000 sperma setiap degupan jantung. Secara ringkas, sperma yang bergantung kepada beberapa paras rujuk:


1. BILANGAN SPERMA
Lelaki dianggap subur dengan bilangan melebihi 48 juta sperma setiap ml air mani. Jumlah kurang dari 13.5 juta dikategorikan sebagai kurang subur.

2. MOTILITI (PERGERAKAN) SPERMA
Tahap kesuburan yang baik ialah apabila 63% dari sperma iaitu dikesan bergerak secara normal manakala kurang subur jika peratusnya 32%.

3. MORFOLOGI (BENTUK) SPERMA
Jika sperma yang dikesan berbentuk normal melebihi 12% maka ia menandakan kesuburan. Paras di bawah 9% pula kurang subur.


Dalam kebanyakan kes, bagi mendapatkan sperma yang subur dan berkualiti ialah secara membekalkan bahan nutrisi yang mencukupi bagi menghasilkan sperma dan seterusnya memastikan gaya hidup yang sihat supaya tidak menjejaskan penghasilan dan kualiti sperma tersebut. Langkah bagi menghasilkan sperma yang sihat termasuklah:

  • 1. MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG OPTIMA
    Lemak badan yang terlalu sedikit ataupun terlalu banyak boleh menjejaskan penghasilan hormon – hormon kesuburan lelaki seperti GnRH, LH, FSH, dan testosterone.
  • 2. BERSENAM SECUKUP DAN SEKADARNYA
    Menjadi aktif dari sudut fizikal adalah sangat baik bagi kesuburan. Akan tetapi senaman yang terlalu memenatkan secara berulang kali dapat menjejaskan tahap hormon kesuburan lelaki sehinggakan boleh menjejaskan kualiti sperma.
  • 3. MENGAWAL STRES
    Stres dan tekanan emosi akan meningkatkan penghasilan hormon kortisol yang mana boleh menyebabkan perubahan kepada penghasilan hormon-hormon kesuburan lelaki.
  • 4. HINDARI DARIPADA PERKARA YANG MENJEJASKAN BILANGAN DAN KUALITI SPERMA:
    • Elakkan dari mendedahkan testikal kepada suhu yang panas
      Seluar dalam yang ketat, duduk dalam tempoh yang lama, menggunakan komputer riba di atas peha terlalu lama, berada dalam persekitaran kerja yang panas dan berendam dalam air panas melebihi setengah jam yang boleh meningkatkan suhu kerandut telur dan mengurangkan bilangan sperma.
      Jangan mengamalkan steroid anabolik, ubat antiandrogen, suplemen yang berasaskan testosteron dan ubat Cimetidine.
      Kesemua bahan ini mengurangkan kesuburan secara menjejaskan penghasilan sperma. Ubat antiandrogen selalu digunakan bagi mengatasi keguguran rambut/botak (male-pattern baldness) manakala ubat Cimetidine bagi merawat gastrik.
      Elakkan diri dari merokok, menggunakan ganja dan meminum arak.
      Merokok (termasuk mengunyah tembakau), penyalahgunaan ganja dan selalu meminum arak adalah faktor yang selalu dikaitkan dengan bilangan sperma yang rendah. Terdapat juga kajian yang menunjukkan penggunaan bahan di atas secara berlebihan dikaitkan dengan kerosakkan pada DNA sperma sehingga dapat mengakibatkan perkembangan janin yang abnormal dan meningkatkan risiko kanser bagi generasi akan datang
      Kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia toksin yang dapat mengurangkan kesuburan.

      JENIS TOKSIN SUMBER
      Thalates Industri plastik.
      Alkylphenols Cecair pembasuh
      Digunakan untuk menyalut rawatan pergigian.
      Racun serangga organochlorine (Lindane, DDT, etc) Lindane digunakan untuk bijirin, buah-buahan dan kobis.
      Dioxins Industri kertas dan pembuangan ala transformer.
      Vinclozolin Agen antikulat yang digunakan ke atas bahan makanan.
      Phytoestrogens Produk kacang soya.