Penyelesaian Pada Masalah Arthritis

SOALAN

Assalamualaikum Dr Syid.
Saya seorang surirumah berusia 41 tahun. Saya ingin bertanyakan tentang masalah sakit lutut yang saya alami sejak 2 tahun yang lalu. Untuk pengetahuan doktor, sakitnya cuma di bahagian lutut kiri terutamanya apabila saya bangun pagi dan menaiki tangga. Saya telah menjalani rawatan dan pemeriksaan X-ray. Doktor di klinik mengatakan ini penyakit biasa disebabkan usia. Saya bimbang sebab saya dengar ubat tahan sakit jika diambil berterusan akan menyebabkan masalah buah pinggang. badan saya agak gepal. Oleh itu, saya rajin mengikuti kelas aerobik kerana berpendapat ianya dapat menilong mengawal berat badan saya dan juga memelihara keadaan lutut saya. Adakah betul fakta ini Doktor? Adakah penyelesaian lain selain dari ubat Glucosamin yang saya sudah amalkan tetapi kurang berkesan? Harap bantuan Doktor. Terima kasih.


JAWAPAN
Terdapat lebih dari 100 jenis sakit sendi atau dikenali sebagai arthritis Osteoathritis adalah yang paling utama yang terjadi akibat sendir semakin haus akibat dimamah usia. Jika dijaga rapi dan diambil langkah pencegahan ianya lambat haus dan akan bertahan lama. Namun, sakit sendi tidak semestinya terhad kepada golongan berusia sahaja. Kanak-kanak juga kadangkala boleh menderita akibat arthritis.Pengambilan ubat tahan sakit bukanlah satu penyelesaian. Pengambilan secara beterusan dikhuatiri akan menyebabkan masalah buah pinggang dan gastrik. Saya akan jelaskan terlebih dahulu punca yang meningkatkan risiko sakit lutut:


KETURUNAN
  • Sesetengah pesakit sendi mempunyai sejarah yang mana ibu atau bapa mempunyai masalah yang sama.
USIA
  • Walaupun tidak semestinya namun apabila meningkat usia, kadar penyembuhan tulang rawan pada sendi menjadi semakin perlahan dan adalah lebih mudah mengalami masalah ini.
JANTINA
  • Wanita berusia 50 tahun ke atas menderita masalah sakit sendi lebih dari lelaki.
BERAT BADAN
  • Ini antara faktor penting kerana setiap kilogram peningkatan berat badan akan menekan sendi di bahagian kaki sebanyak 2-3 kali lebih dari biasa.
AHLI SUKAN
  • Sukan yang agresif seperti bola sepak, ragbi, pelumpa lari jarak jauh lebih mudah mengalami sakit sendi di kemudian hari.
  • Kecederaan/beban yang beterusan pada lutut.
  • Ini boleh dikaitkan dengan jenis pekerjaan yang mana melibatkan terlalu banyak berjalan (lebih dari 4km sehari), mencangkung, melutut ataupun mengangkat beban yang berat (25kg ke atas) dapat meningkatkan risiko sakit lutut. Manakala kecederaan seperti kemalangan yang melibatkan sendi lutut juga boleh menjadi punca kepada masalah arthritis.
OTOT PAHA YANG LEMAH
  • Kajian menunjukkan sokongan otot quadriceps di peha yang kuat penting bagi mencegah masalah sakit lutut.
PENYAKIT YANG LAIN
  • Pesakit gout, rheumatik, dan beberapa penyakit metabolik lain juga boleh mempengaruhi sendi lutut.