Assalamualaikum Dr Syid.
Saya seorang surirumah berusia 48 tahun. Masalah saya ialah badan saya rasa semakin cepat letih. Saya tidak ada penyakit kronik, cuma Doktor yang memeriksa saya ada memberitahu tekanana darah saya paras borderline tetapi tidak perlu makan ubat. Tahap tenaga saya tidak seperti dulu, kadangkala untuk menyediakan makan malam pun saya tidak berdaya. Ada juga jiran-jiran saya yang mengalami masalah yang sama. Saya fikir usia saya ini terlalu muda untuk merasakan begini. Apakah punca wanita merasa letih? Boleh Doktor kongsikan?
1. MASALAH KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid di leher bertanggungjawab menghasilkan hormon yang mengatur selia pembakaran makanan kepada tenaga atau apa yang dikenali sebagai tahap metabolisme. Jika kelenjar itu kurang menghasilkan hormonnya, maka pembakaran tenaga badan adalah pada tahap yang rendah. Ini akan membuatkan wanita menjadi letih kerana enjinnya perlahan. Masalah ini mudah dikenalpasti dengan melakukan ujian darah bagi mengetahui paras hormon tiroid (T4 dan T3) di dalam darah.
Pertama sekali adalah kita kena kenal pasti allergen yang boleh menyebabkan masalah itu terjadi, seperti penggunaan sabun pencuci pinggan, hand sanitizer, dust mite yang ada pada sofa, karpet, bantal atau tilam-tilam lama. Lain-lain trigger factor yang biasa adalah pencemaran udara seperti asap, berdekatan dengan construction (binaan) yang menyebabkan terhasilnya habuk simen, dan juga jika membela kucing ataupun haiwan lain. Dinasihatkan untuk elakkan perkara-perkara tersebut, dan mestilah mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti memperbanyakkan pengambilan sayur. Perlulah difahami juga yang allergi ini tiada ubat yang boleh sembuhkannya, yang ada cumalah ubatan ataupun makanan tambahan yang boleh bantu untuk mengawal hipersensitiviti tersebut. Dan yang paling penting adalah untuk mengelakkan diri daripada trigger factor yang boleh menyebabkan alergi tersebut terjadi dan ubatan untuk melegakan simptom reaksi alergi sahaja. Jadi amatlah penting untuk puan mengenal pasti trigger factor untuk alergi tersebut.