Salam Dr Syid.
Saya seorang wanita berkarier berusia 39 tahun yang gembira dengan pekerjaan saya. Saya sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik. Badan saya agak sedikit gempal tetapi tidaklah sampai ke kategori obes. Baru-baru ini saya menghadiri majlis alumni sekolah menengah dan saya berpeluang untuk berjumpa dengan ramai rakan lama. Sebenarnya doktor, saya rasa panik sedikit ketika perjumpaan itu kerana bila dibandingkan dengan kawan sebaya saya, saya nampak betul-betul tua. Kenapa doktor, saya nampak tua sangat kalau nak dibandingkan dengan mereka? Saya sudah memiliki produk kosmetik untuk penjagaan kulit muka saya. Boleh doktor berikan tip bagaimana untuk mengatasi masalah saya ni? Terima kasih kerana sudi membantu.
Berikut saya senaraikan 10 tip untuk mengekalkan keremajaan secara am:
- Elakkan terdedah kepada sinar matahari yang terik.
- Hindari aktiviti yang tidak sihat seperti merokok dan minuman keras.
- Elakkan dari selalu berkerut atau melakukan mimik muka tertentu yang mengerutkan kulit muka.
- Jangan tidur dengan muka di atas bantal yang boleh meninggalkan garisan kedutan akibat tekanan kulit muka ke atas bantal tersebut.
- Amalkan senaman secara rutin agar dapat mengekalkan keanjalan otot, menghindari kekenduran dan menggalakkan aliran darah yang lancar.
- Elakkan suhu yang ekstrem. Jangan biasakan mandi dengan air panas.
- Tidur secukupnya sekitar 7-8 jam sehari.
- Elak atau kawal tahap stres anda.
- Kurangkan pengambilan gula atau kanji secara berlebihan.
- Amalkan pemakanan yang kaya dengan antioksidan.