
Soalan
Assalamualaikum,
- Jantina: Lelaki
- Umur: 34
- Penyakit: Usus nanah
- Detailkan tanda-tanda yang dialami:
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pernahkah berjumpa doktor: Pernah
- Apakah diagnosisnya dan apa hasil siasatan darah/X-ray dll?: Doktor memberitahu bahawa dalam usus telah bernanah dan perlu dibedah.
- Ubat yang dimakan sekarang: Tiada
- Ada penyakit lain tak: Kencing manis
- Soalan:
- Apakah produk Eskayvie yang boleh membantu saya?
Jawapan
Waalaikumussalam. Usus yang bernanah selalunya berpunca daripada jangkitan atau keradangan yang serius. Keadaan ini boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut, cirit-birit, dan boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat dengan segera.
Selain rawatan perubatan, pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam membantu tubuh sembuh. Ia juga menyokong penyembuhan tisu dan mengawal keradangan, yang dapat meningkatkan proses pemulihan. Bagi individu yang menghidap kencing manis, kawalan gula darah yang baik adalah sangat penting kerana ia dapat mempercepatkan penyembuhan dan mencegah sebarang komplikasi tambahan.
Bagi masalah prospek ini, boleh syorkan pengambilan Phytax untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka luar dan dalam kerana ia mengandungi cell growth factor. Cell growth factor bukan sahaja membantu dalam penyembuhan luka, tetapi juga menyokong pertumbuhan sel-sel baru, membolehkan kawasan luka pulih dengan lebih baik dan mempercepatkan pemulihan sel secara keseluruhan.

Selain itu, boleh syorkan pengambilan Diffenz kerana ianya mengandungi kandungan cendawan susu harimau, buah camu-camu, vitamin D dan vitamin C bagi membantu meningkatkan lagi sistem imun badan melawan jangkitan.
