
Soalan
Assalamualaikum,
- Jantina: Lelaki
- Umur: 35
- Penyakit: Irama jantung tidak sekata
- Detailkan tanda-tanda yang dialami:
- Terasa mengah-mengah bila buat aktiviti berat
- Dada bahagian kiri rasa tidak selesa
- Selepas makan, irama jantung tak sekata makin terasa kuat
- Bila gemuruh atau cemas, irama jantung tak sekata makin kuat
- Rasa sengal di bahagian belikat kiri belakang
- Rasa sengal kadang-kadang sakit di peha berhampiran lutut kanan
- Bahu kiri rasa sengal dan sakit bila angkat tangan atau menggerakkan
- Bila tarik nafas terasa tidak selesa di bahagian dada kiri
- Sakit bahagian kanan perut
- Pernahkah berjumpa doktor:
- Pernah dan warded sebab ECG tidak normal
- Apakah diagnosisnya dan apa hasil siasatan darah/X-ray dll?:
- Infection bakteria di bahagian jantung dan paru-paru (Blood test)
- X-ray tiada pembengkakan pada jantung
- Ultrasound: bahagian ventrikel kiri agak menebal
- Ubat yang dimakan sekarang:
- Pencair darah (Clopidogrel 75mg)
- Pencair darah (Acetylsalicylic acid 100mg – Glycine 45mg)
- Gastrik (Vencid)
- Ada penyakit lain tak: Anxiety
- Soalan:
- Adakah dengan consume Phytax boleh mengubati masalah irama jantung tidak sekata? Dan mengambil masa berapa lama?
- Bolehkah stop pengambilan ubat pencair darah dan teruskan consume Phytax dan Primo? Sebab ubat pencair darah memberi kesan seperti cepat lapar dan saya akan jadi kuat makan.
Jawapan
Waalaikumussalam. Bagi masalah ini, sangat disyorkan untuk ikhtiar dengan Phytax. Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain. Semua ini mempunyai peranan unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.
Phytax memang disyorkan untuk masalah darah tinggi, jantung, dan kolesterol serta penyakit-penyakit berkait dengan keradangan kronik. Teruskan sahaja pengambilan Phytax dan Primo. Setiap kesan makanan tambahan bergantung pada individu, jadi pastikan untuk mengambilnya secara konsisten setiap hari.

Teruskan sahaja pengambilan ubat cair darah. Bagi mereka yang mengambil Clopidogrel, pengambilan Phytax mungkin mempengaruhi kadar kecairan darah bagi sesetengah individu yang sensitif. Oleh itu, disyorkan untuk memeriksa profil pendarahan selepas beberapa hari pengambilan Phytax (antara 3-5 hari).
Bagi yang mengambil Clopidogrel, disarankan untuk semak semula kadar kecairan darah di hospital seperti berikut:
- Ambil produk selama 3 hari.
- Semak semula kadar kecairan darah di hospital (doktor akan menyesuaikan dos Clopidogrel mengikut kesesuaian).
- Ambil produk dan Clopidogrel secara konsisten.
- Jika berhenti produk, semak semula kadar kecairan darah selepas 3 hari berhenti.