Assalamualaikum Dr Syid.
Saya adalah surirumah di dalam lingkungan usia 30-an. Saya ingin bertanyakan tentang masalah perut saya yang tidak tahan lapar. Jika saya berpuasa, saya sering mengalami pedih uluu hati dan menangkap di belakang tengkuk. Satu lagi saya kerap merasa mengah. Kadangkala letih tak menentu. Saya pernah beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik swasta dan diberi ubat gastrik namun penyakit ini berulang lagi terutamnya jika saya berpuasa. Doktor itu mengatakan kemungkinan saya mengalami maslah jangkitan kuman di perut yang menyebabkan penyakit saya berulang-ulang dan disyorkan pergi berjumpa Doktor pakar untuk diteropong perut tapi saya takut. Apakah penyakit saya ini disebabkan oleh jangkitan kuman? Harap Doktor boleh menjelaskan dan apakah langkah yang saya perlu ambil untuk menghadapi bulan Ramadan tahun ini? Terima kasih.
Punca utama gastritis yang kronik ialah disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter pylori. Ia kebiasaannya hadir di dalam perut manusia akan tetapi mengaruh penuaan akan membuatnya aktif menyebabkan radang perut dan yang lebih serious iaitu kanser perut atau ketumbuhan perut (MALT lymphoma) jika tidak dilakukan sebarang langkah pencegahan. Gastritis yang kronik perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor pakar termasuk untuk melakukan pemeriksaan endoskopi (teropong perut) untuk mengetahui tahap keseriousannya. Di samping itu Puan juga dinasihatkan untuk menjaga dari sudut pemakanan dan gaya hidup. Rawatan gastritis yang kronik adalah seperti berikut:
1. UBAT-UBATAN
Asid yang dirembeskan perut akan meningkatkan lagi keradangan lapisan dalam perut. Untuk itu, ubat yang dpaat mengurangkan kadar asid dalam perut adalah diutamakan. Antasid dan ubat H2 blocker seperti Cimetidine dan Radinitdine amat sesuai. Antibiotik dan ‘proton-pump inhibitor’ seperti Omeprozole diberikan unutk melawan kesan jangkitan human Hellcobacter pylori. OMeprazole juga berkesan mengawal tahap keasidan perut.
2. PENJAGAAN PEMAKANAN
Makanan yang dibolehkan ialah makanan yang tidak menyebabkan gangguan terhadap kerengsaan perut. Makanan yang kaya serat, sayuran, produk tenusu adalah amat baik sebagai makanan untuk pesakit gastrtis. Elakkan makanan yang berempah, pedas dan berlemak, coklat, tomato, dan sebagainya yang boleh mengganggu keselesaan perut. Jika Puan perlu memakan ubat, harus diingatkan doktor yang merwawat Puan agar tidak memberi ubat yang kurang mesra kepada perut seperti ubat tahan sakit dan beberapa jenis antibiotik. Jika perlu makan ubat, pastikan ubat tersebut dimakan selepas makan/semasa perut penuh.
3. PERUBAHAN GAYA HIDUP
Meminum minuman keras dan merokok adlaah sikap yang perlu dihentikan bagi pesakit gastritis. Minuman bergas, teh dan kopi juga meningkat keasidan perut dan perlu dielakkan. Keadaan stres didapati memburukkan lagi gastritis. Oleh itu bagi pesakit gastritis yang kroik perlu belajar mengawal stres dengan lebih efektif.
4. SOKONGAN PEMAKANAN KESIHATAN
Berdasarkan kajian para saintis, buat masa ini, ada sejenis karotenoid yang dinamakan sebagai AstaREAL®P2AF menunjukkan kesan yang begitu positif bagi pesakit gastritis yang kronik terutamanya jika disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter pylori. Antara mekanisme yang didapati ialah:
- Kesan antioksidan yang paling hebat oleh AstaREAL®P2AF ini mampu mengurangkan stres osidasi yang ditimbulkan oleh jangkitan kuman Helicobacter pylori.
- AstaREAL®P2AF mengawal jangkitan tersebut dengan meningkatkan respoins sistem imun badan untuk membasmi kuman.
- Mengatasi simptom-simptom penyakit gastritis dengan mempamerkan kesan antiradangnya yang berkesan.
- Memberi perlindungan terhadap kesan jangkitan Helicopbacter pylori yang boleh menyebabkan terjadinya kanser perut.