Masalah Hormon

Soalan dan Jawapan
Dr Syid

Soalan

  1. Jantina: Perempuan
  2. Umur: 27
  3. Penyakit: Darah period sudah sebulan tak berhenti, darahnya tak banyak sangat. Kadang warna merah, kadang warna coklat.
  4. Pernah berjumpa doktor: Tidak
  5. Ubat dimakan sekarang: Tidak
  6. Ada penyakit lain: Tidak
  7. Soalan: Jika nak teraturkan semula period, boleh ke ambil Reverse, sebab darah period masih belum berhenti dan dalam keadaan istihadah?

Jawapan Dr Syid

Setiap kitaran haid individu adalah berlainan. Kitaran haid yang normal adalah antara 21 (paling pendek) hingga 35-40 hari (paling panjang).

Kitaran Haid

Pendarahan haid lazimnya berlangsung antara 3 hingga 7 hari dan jarang melebihi 14 hari. Jika pendarahan tidak terlalu banyak, ia masih dianggap normal, tetapi ketidakseimbangan hormon mungkin penyebabnya. Untuk diagnosis yang tepat, maklumat kesihatan tambahan dan ujian diperlukan.

Dalam kes darah haid yang berpanjangan (lebih daripada 14 hari), ia dikategorikan sebagai istihadah. Istihadah boleh berpunca daripada ketidakseimbangan hormon, tekanan, gangguan tiroid, atau masalah lain seperti polip rahim atau fibroid. Oleh kerana anda tidak pernah berjumpa doktor, sangat disarankan untuk berbuat demikian bagi memastikan tiada punca lain yang lebih serius.

Boleh mencuba Reverse untuk membantu mengimbangkan hormon. Reverse adalah suplemen yang mengandungi bahan-bahan yang membantu menstabilkan kitaran hormon wanita secara semula jadi.

Reverse

Cara pengambilan Reverse:

  • Jika kitaran haid 28 hari, ambil Reverse setiap hari dari hari ke-7 hingga ke-28, walaupun ada pendarahan di antara.
  • Hentikan pengambilan ketika haid (hari 1-7).
  • Bagi mereka yang ada masalah haid tidak teratur, kiraan hari perlu berdasarkan haid terakhir yang teratur.

Namun, jika selepas mencuba Reverse pendarahan masih berterusan atau bertambah teruk, ini mungkin memerlukan rawatan lanjut seperti ubat hormon yang lebih khusus. Suplemen sahaja mungkin tidak mencukupi jika masalah berkaitan dengan keadaan kesihatan lain.

Jangan lupa untuk memantau gejala lain seperti sakit perut yang teruk, pening, atau rasa lemah kerana ini boleh menjadi tanda-tanda kehilangan darah yang signifikan (anemia) yang memerlukan perhatian segera.

Nak Tahu Lebih Lanjut Dengan Soalan Lain?

Klik di sini!