Batu Karang dalam Hempedu?

SITUASI

LELAKI || 35 TAHUN
Menghidapi batu karang di hempedu. Sering bersendawa, menghadapi tingling hujung kaki dan tangan, dan kepala rasa macam kembang-kembang sampai ke tulang hidung. Pernah berjumpa doktor dan didapati pada bacaaan ultra sound: 2 biji batu sebesar biji jagung, bacaan HbA1c normal, dan total kolesterol 5.33 mmol/L. Sekarang sedang mengambil ubat Urinex, untuk melarutkan batu hempedu dan menghidapi penyakiy G6PD.


***
Jika dilihat pada bacaan kolesterol, agak sedikit tinggi berbanding normal (<5.2 mmol/L). Tanda-tanda yang dialami menunjukkan sedang mengalami masalah kembung perut, tingling yang dirasa pula kebiasaaanya disebabkan oleh penyumbatan saluran darah sehingga menyebabkan aliran darah tidak sampai ke hujung kaki & tangan.

Masalah batu karang hempedu ini pula boleh disebabkan oleh kadar kolesterol yang tinggi. Jadi, ianya berkait rapat dengan pemakanan yang tidak sihat.


ANTARA FAKTOR-FAKTOR LAIN YANG BOLEH MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN BATU KARANG HEMPEDU IALAH:

  1. JANTINA
  2. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon, dan pil perancang mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu yang menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.

  3. BERAT BADAN
  4. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tiggi dalam darah.

  5. DIET
  6. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan antara faktor risiko.

  7. UMUR
  8. Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.

  9. DIABETES
  10. Penghidap diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.

  11. UBAT KOLESTEROL
  12. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Sangatlah penting untuk menekankan cara pemakanan dan gaya hidup sihat seperti mengamalkan senaman selama 150 minit seminggu, iaitu 30 minit sehari. Elakkanlah diri daripada stres, dapatkan tidur yang mencukup, dan minum air yang banyak. Pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan seperti elakkan mengambil makanan yang terproses, fast food, makanan bergoreng, dan banyak lagi. Jadi, amat penting ya untuk mengelakkan daripada mengambil makanan yang berminyak.

Dari segi makanan tambahan, bolehlah berikhtiar dengan pengambilan produk Phytax secara istiqamah. Phytax dengan sinergi 12 fitonutrisi yang bersifat antioksidan dan antiradang boleh bantu mengurangkan keradangan kronik. Kandungan esktrak kulit manggis dan delima di dalam juga boleh bantu melancarkan aliran darah & menghalang penyumbatan saluran darah. Pada masa yang sama, boleh juga ambil produk Nutrelle untuk kesan detoks dan pengambilan serat yang banyak untuk melancarkan pengeluaran toksin dan pergerakkan dalam usus.



“APA PRODUK-PRODUK YANG DISEBUT TU? DARIPADA SIAPA?! TEKAN SINI CEPAT!!”

Nak tahu tentang setiap satu produk dengan lebih spesifik?!