Sakit Buah Pinggang Stage 4

SITUASI

LELAKI || 54 TAHUN
Menghidapi sakit buah pinggang stage 4, gout, dan darah tinggi. Sedang berjumpa dengan doktor, 3 bulan sekali. Sudah lakukan siasatan darah dan didapati kadar creatinine sebanyak 300+, dan sedang ambil ubat darah tinggi, dan cair darah.


***
Pertama sekali, sangatlah dinasihatkan untuk menjaga tekanan darah dan pemakanan harian. Kalau pemakanan dan darah tinggi tak dijaga, ia boleh menerukkan lagi fungsi buah pinggang.


DI SINI, SAYA SERTAKAN CARA-CARA UNTUK MENGAWAL TEKANAN DARAH, IAITU:

Elakkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah seperti:

  • 🩸 Kurang tidur
  • 🩸 Tidak bersenam (kurang pergerakan harian)
  • 🩸 Gemuk atau lebih berat badan
  • 🩸 Usia dan genetik (tidak dapat dielakkan)
  • 🩸 Merokok (perlu berhenti)
  • 🩸 Stres
  • 🩸 Pemakanan tinggi garam
  • 🩸 Penyakit yang bersangkutan seperti kencing manis, autoimun seperti lupus, Cushing (perlu dapatkan rawatan untuk penyakit ini), dan lain-lain
  • 🩸 Kesan sampingan darip ubat seperti pil perancang, steroid, pil tahan sakit, ubat selsema, dan lain-lain
Selain itu, elakkan pemakanan yang membebankan buah pinggang ya. Antaranya seperti makanan berprotein, atau yang tinggi kandungan garam seperti ikan kering, makanan bertin, atau mee segera. Jika memasak di rumah, boleh gunakan jus lemon, bawang, atau halia sebagai rempah.

Kawalkan pengambilan potassium dan fosforus. Sayur boleh dimakan, tetapi perlulah sayur-sayuran yangtidak tinggi potassium seperti kangkung, petola, taugeh, dan peria. Kalau buah-buahan pula, boleh ambil epal, jambu batu, atau nenas. Sangatlah dinasihatkan untuk menghadkan pengambilan brokoli atau bayam, pisang, nangka, dan juga petai.

Awas juga daripada pengambilan tinggi fosforus seperti ubi keledek, produk tenusu, air teh tarik, air coca-cola, dagin burger, dan juga sardin.

Selalunya untuk pesakit buah pinggang, Dr akan nasihatkan tentang hadkan pengambilan air. Jadi, perlulah ikut jumpah pengambilan air itu juga, dan pastiakn untuk tidak terlebih.

Dari segi makanan tambahan, adalah disyorkan untuk mengambil produk Phytax. Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan masalah keradangan kronik yang menjadi punca penyakit kemerosotan diri. Ekstrak delima dan kulit manggis didalam Phytax boleh membantu melancarkan aliran darah dan mengurangkan berlakunya penyumbatan saluran darah.