Kolagen Mana Satu Menjadi Pilihan?

SOALAN

Assalamualaikum Dr Syid.
Saya sering mendengar suplemen kolagen sangat baik bagi menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Terdapat banyak suplemen kolagen, ada yang murah dan tidak kurang juga ada yang mahal dijual di pasaran. Namun saya masih kurang pasti yang mana satu yang perlu saya pilih untuk dijadikan amalan? Apakah badan kita memerlukan kolagen sebagai pemakanan tambahan? Apakah ciri-ciri yang saya perlu teliti untuk mendapatkan produk kolagen yang sesuai dengan memberikan kesan yang ketara pada saya. Untuk makluman Dr, saya seorang surirumah berusia 42 tahun dan mempunyai masalah warna kulit muka yang tidak sekata. Di bahagian pipi saya sudah menampakkan tanda-tanda jeragat. Apakah kolagen dapat membantu saya? Harap Dr Syid dapat jelaskan. Terima kasih.



JAWAPAN
Kolagen merupakan satu kandungan yang biasa digunakan sebagai suplemen kecantikan sehinggakan terlalu banyak jenama kolagen berada di pasaran. Ramai juga mungkin pernah mencuba, ada yang berkesan dan tidak kurang juga yang tidak memberikan apa-apa perubahan. Sebelum saya pergi lebih lanjut, eloklah saya terangkan kepada Puan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kolagen. ‘Kolla’ bermaksud gam di dalam bahasa Latin, manakalah ‘gen’ merupakan singkatan daripada perkataan agen. Oleh itu kolagen bermaksud agen gam, atau lebih tepat, satu bahan yang melekatkan lebih dari 60 trillion sel yang wujud dalam badan manusia antara satu sama lain. Tidak hairanlah kolagen yang juga sejenis protein, dikategorikan sebagai tisu konektif yang melibatkan lebih 30% dari kandungan protein keseluruhan badan. Pada kulit, 70% terdiri daripada kolagen, manakala ligamen dan urat mempunyai komposisi melebihi 85% kolagen. Tulang rawan terdiri daripada 60% kolagen sehingga tulang yang keras juga mempunyai kandungan 20% kolagen. Peranan kolagen bukan setakat mengekalkan keanjalan dan kegebuan kulit malah turut mengukuhkan keutuhan struktur organ dalaman agar sentiasa mantap untuk memberikan prestasi yang baik bagi menjaga kesihatan. Sebagai kesimpulan, kolagen amat penting bagi mengekalkan kecantikan dan juga kesihatan.


KALAU BADAN KITA SUDAH MENDAPAT SOKONGAN DARI KOLAGEN, MENGAPA KITA PERLU MENGAMBIL SUPLEMEN BERASASKAN KOLAGEN?


Bermula dari usia 25 tahun, badan manusia kehilangan kolagen pada kadar 1.5% setahun. Ini bermakna apabila usia mencecah 50 tahun, hampir separuh dari kandungan kolagen di dalam badan anda sudah tiada lagi. Bayangkan jika kolagen ini diandaikan sebagai tiang kepada rumah, apabila 50% kekuatan tiang sudah tiada lagi, rumah ini seperti menunggu masa untuk roboh.

Apabila mencecah usia 40an, bukan sahaja badan manusia kehilangan kolagen, akan tetapi kadar badan anda menghasilkan kolagen pun semakin berkurangan. Tidak hairanlah ketika ini, kedutan dan kenduran kulit semakin menjadi-jadi akibat kekurangan kolagen yang menyokong keanjalan kulit.
Akibat kekurangan kolagen, penyakit kemerosotan diri semakin menjadi, kecantikan semakin pudar, kesihatan semakin terjejas. Inilah sebab utama, kita perlu memastikan badan kita mendapat bekalan kolagen yang mencukupi supaya ianya yang merupakan bahan binabagi kecantikan dan kesihatan diri dapat ditingkatkan. Ia bukan sahaja menghindari anda dari penyakit dan memelihara kecantikan seseorang, yang paling penting pengambilan kolagen dapat memberikan kualiti kepada kehidupan si pengamalnya.

Setelah memahami kepentingan membekalkan kolagen, persoalan seterusnya, apakah ciri-ciri kolagen yang paling baik untuk diamalkan?

    3 CIRI YANG ANDA PERLU LIHAT IAITU: SUMBER KOLAGEN, SAIZ KOLAGEN, DAN JUMLAH PENGAMBILAN KOLAGEN DALAM SEHARI .


    SUMBER KOLAGEN
    Sebenarnya terdapat lebih daripada 20 jenis kolagen kesemuanya di dalam badan manusia. Jenis 1 dan 3 penting untuk kulit, jenis 2 untuk sendi dan tulang manakala jenis 7 untuk organ dalaman. Jika anda makan kolagen dari sumber lembu (bovine collagen), ia cuma membekalkan kolagen jenis 2 yang hanya bagus untuk sendi dan bukan untuk kecantikan. Oleh itu, penting untuk dapatkan kolagen dari sumber yang dapat membekalkan badan dengan jenis kolagen 1,2,3 dan 7 yang sesuai untuk memelihara kecantikan kulit, keutuhan sendi dan kesihatan dalaman.

    JUMLAH PENGAMBILAN KOLAGEN SETIAP HARI
    Untuk mendapatkan produk kolagen yang efektif, anda perlu meneliti kandungan kolagen yang dicampur dalam setiap hidangang. Badan manusia memerlukan 4 hingga 5 gram kolagen setiap hari bagi membekalkan bahan bina yang mencukupi untuk kegunaan badan.