Assalamualaikum Dr Syid.
Saya seorang surirumah berusia 41 tahun. Saya ingin bertanyakan tentang masalah sakit lutut yang saya alami sejak 2 tahun yang lalu. Untuk pengetahuan doktor, sakitnya cuma di bahagian lutut kiri terutamanya apabila saya bangun pagi dan menaiki tangga. Saya telah menjalani rawatan dan pemeriksaan X-ray. Doktor di klinik mengatakan ini penyakit biasa disebabkan usia. Saya bimbang sebab saya dengar ubat tahan sakit jika diambil berterusan akan menyebabkan masalah buah pinggang. badan saya agak gepal. Oleh itu, saya rajin mengikuti kelas aerobik kerana berpendapat ianya dapat menilong mengawal berat badan saya dan juga memelihara keadaan lutut saya. Adakah betul fakta ini Doktor? Adakah penyelesaian lain selain dari ubat Glucosamin yang saya sudah amalkan tetapi kurang berkesan? Harap bantuan Doktor. Terima kasih.
KETURUNAN
- Sesetengah pesakit sendi mempunyai sejarah yang mana ibu atau bapa mempunyai masalah yang sama.
- Walaupun tidak semestinya namun apabila meningkat usia, kadar penyembuhan tulang rawan pada sendi menjadi semakin perlahan dan adalah lebih mudah mengalami masalah ini.
- Wanita berusia 50 tahun ke atas menderita masalah sakit sendi lebih dari lelaki.
- Ini antara faktor penting kerana setiap kilogram peningkatan berat badan akan menekan sendi di bahagian kaki sebanyak 2-3 kali lebih dari biasa.
- Sukan yang agresif seperti bola sepak, ragbi, pelumpa lari jarak jauh lebih mudah mengalami sakit sendi di kemudian hari.
- Kecederaan/beban yang beterusan pada lutut.
- Ini boleh dikaitkan dengan jenis pekerjaan yang mana melibatkan terlalu banyak berjalan (lebih dari 4km sehari), mencangkung, melutut ataupun mengangkat beban yang berat (25kg ke atas) dapat meningkatkan risiko sakit lutut. Manakala kecederaan seperti kemalangan yang melibatkan sendi lutut juga boleh menjadi punca kepada masalah arthritis.
- Kajian menunjukkan sokongan otot quadriceps di peha yang kuat penting bagi mencegah masalah sakit lutut.
- Pesakit gout, rheumatik, dan beberapa penyakit metabolik lain juga boleh mempengaruhi sendi lutut.