Assalamualaikum Dr Syid.
Saya seorang gadis berusia 25 tahun dan sedang dalam tahun akhir di dalam pengajian saya di ITPA. Saya ingin bertanyakan soalan tentang jerawat. Kenapa sesetengah orang ada jerawat manakala yang lain langsung tidak? Muka saya tidak terlalu berminyak akan tetapi masalah besar saya ialah jerawat. Ahli keluarga saya ramai juga yang mempunyai masalah yang sama. Saya cukup menjaga kebersihan kulit muka tapi masih lagi jerawat tu tak putus-putus tumbuh dari satu tempat ke satu tempat di muka saya. Saya cukup iri hati dengan kulit muka kawan-kawan saya yang kebanyakannya gebu tanpa jerawat.
Dari luaran, saya sudah mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah jerawat ini. Harap Doktor boleh beri sebarang tips yang saya boleh amalkan untuk mengatasi jerawat. Terima kasih atas penjelasan.
Faktor lain yang menyebabkan jerawat ialah keturunan yang diwarisi dari ibu bapa. Sesetengah ubat seperti ubat epilepsi, steroid (prednisolone), androgen dan lithium juga boleh menyebabkan jerawat. Bahan kosmetik yang berminyak mungkin menyebabkan pori-pori kulit tersumbat. Untuk itu, saya syorkan saudari menggunakan produk kosmetik yang berasaskan air bagi mengelakkan jerawat.
Perkara lain yang boleh menyebabkan masalah jerawat semakin menjadi termasuklah:
- Geseran pada kulit muka ataupun kaedah ‘facial scrubbing‘ yang berlebihan.
- Memicit jerawat.
- Kulit muka yang kotor.
- Tekanan pada kulit muka seperti dari pemakaian helmet.
- Permulaan haid, iaitu perubahan hormon yang berlaku pada hari kedua hingga ke tujuh kitaran haid.
- Stres.
- Pemakanan tertentu bagi individu tertentu seperti coklat, kacang, dan makanan berminyak.
1 Pastikan kulit muka sentiasa bersih. Gunakan pembasuh muka yang lembut bersama air suam bagi menghilangkan kotoran, sel kulit muka yang mati dan minyak yang berlebihan. Jangan menggosok dengan terlalu kuat. Gunakan tangan atau kain yang lembut dan kemudian lapkan kering dengan tuala yang bersih.
2 Gunakan krim/gel pelembab muka yang bersesuaian bagi mengurangkan kekeringan dan pengelupasan kulit.
3 Seterusnya gunakan ‘spot gel‘ untuk jerawat yang bersesuaian yang mungkin mengandungi benzoyl peroxide atau salicylic asid sebagai bahan aktif.
4 Penggunaan kosmetik harus dikurangkan dan jika perlu pilih kosmetik yang bebas minyak tanpa penambahan pewarna ataupun bahan kimia. Pastikan muka saudari dibasuh untuk menanggalkan kosmetik di waktu malam.
5 Hati-hati dengan penggunaan pewangi, minyak, dan pewarna rambut. Ketika saudari membasuh rambut, bahan kimia ini boleh menyumbat liang kulit muka dan menyebabkan kerengsaan. Sering bauh rambut bagi mengelakkan rambut yang berminyak dan gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
6 Elakkan dari menyentuh kulit muka terutamanya jika tangan belum dibasuh. Jangan picit ruam atau jerawat pada muka untuk mengelakkan penyebaran jangkitan.
7 Elakkan daripada terdedah kepada sinaran UV dari matahari. Sentiasa amalkan penggunaan krim sunscreen yang mempunyai SPF15 ke atas dan bersifat non-comedogenic.
8 Amalkan senaman secara rutin. Ia dapat menenangkan dan melancarkan pengaliran darah yang membawa nutrisi dan oksigen ke kulit saudari. Jangan lupa untuk membasuh muka selepas bersenam.
9 Elakkan stres dan kawal emosi saudari agar sentiasa ceria.