SOALAN
Assalamualaikum Dr Syid.
Saya seorang lelaki yang sukakan aktiviti luar dan lasak. Saya mengalami kesukaran untuk memanjat bukit kerana sakit di bahagian pinggul. Mungkin sebab kecederaan lama waktu saya terjatuh ketika mendaki. Ini mengganggu saya kerana terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit jika ingin beraktiviti lasak. Saya juga mempunyai masalah kulit muka yang kasar dan kering. Nampak warna tompok-tompok kasar itu tidak seimbang dengan bahagian kulit muka yang lain. Harap doktor dapat memberi nasihat tentang permasalahan saya ini. Terima kasih.
1. JAGA BERAT BADAN-
Kekalkan berat badan supaya tidak obes untuk mengelakkan lebihan berat dari membebani sendi anda.
2. BERSENAM-
Lakukan senaman yang rendah impak seperti berenang atau berbasikal. Senaman aerobik ini bukan sahaja dapat memelihara berat badan anda malah ia juga mempunyai kesan untuk mengurangkan keadaan radang dan kekakuan sendi.
3. KUATKAN OTOT YANG MENYOKONG SENDI-
Otot yang kuat akan dapat mengurangkan beban terhadap sendi bagi setiap pergerakan yang melibatkan sendi tersebut. Untuk ini, anda perlu mendapat nasihat pakar senaman atau fisioterapis bagi mengesyorkan senaman pembinaan otot yang perlu dilakukan dengan kaedah yang betul.
4. TEGUHKAN OTOT TERAS-
Otot perut dan belakang jika diteguhkan dapat memberi sokongan kepada postur bagi mengekalkan keseimbangan badan dan mencegah anda dari terjatuh yang boleh mencederakan lagi sendi anda.
5. AKUR PADA KEUPAYAAN SENDI ANDA-
Elakkan dari aktiviti/senaman yang terlalu membebankan sendi anda. Jika ia menyebabkan kesakitan yang berlarutan lebih dari 48 jam bermaksud aktiviti tersebut perlu dielakkan.
6. POSTUR YANG BETUL-
Elakkan dari membongkok apabila ingin membawa beban berat yang boleh membahayakan sendi belakang. Sebaliknya, duduk dan bangun dengan menggunakan otot peha.
7. LINDUNGI BADAN ANDA-
Terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak, pastikan anda memakai helmet atau pad pelindung pada sendi untuk mecegah kecederaan apabila terjatuh. Kecederaan yang serius ataupun kecederaan yang berulang-ulang dapat merosakkan tulang rawan dan sendi anda.
8. AMALKAN NUTRISI YANG MENYIHATKAN SENDI-
Pemakanan yang kaya dengan kalsium (produk tenusu, sayur brokoli), Vitamin D, antioksidan (buahan/sayuran) dan Omega 3 (minyak 3) merupakan zat yang ideal untuk menyihatkan sendi.